Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan manusia. Buah pinggang berfungsi menyingkirkan sisa bahaya yang toksik dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya. Oleh itu, amatlah perlu untuk jaga buah pinggang anda supaya sentiasa dalam keadaan sihat.
Pesakit kegagalan fungsi buah pinggang di Malaysia dijangka mencecah 106,000 orang menjelang tahun 2040. 30 peratus daripada jumlah itu merupakan golongan muda berusia bawah 45 tahun yang boleh mendatangkan impak negatif kepada sosioekonomi negara.
Jadi, penting untuk mengambil cakna mengenai kesihatan serta penjagaan buah pinggang anda. Di dalam eBook Pemulihan Buah Pinggang kami akan menyertakan protokol Heavenlife serta info-info pengambilan makanan yang lebih selamat untuk anda.
Perhatian
eBook ini bertujuan sebagai panduan dan pengetahuan umum kepada pembaca. Segala panduan yang tertulis adalah bersifat umum. Sila rujuk kepada pihak pengamal perubatan professional atau penasihat untuk sesuatu keputusan yang anda hendak lakukan.
Pihak Heavenlife tidak berikan apa-apa jaminan kepada isi kandungan ebook ini dan tidak bertanggungjawab jika berlaku kerugian kepada mana-mana pihak yang terhasil dari keputusan yang anda buat.