Apa itu Intermittent Fasting (IF)?

Adakah anda tahu maksud sebenar IF atau intermittent fasting Malaysia?

Untuk pengetahuan anda Intermittent Fasting atau di kenali juga sebagai Diet Puasa. Ianya adalah cara atau kaedah untuk mengatur pola makan bagi individu. Atau dengan lain perkataan berpuasa secara berkala.

Intermittent Fasting ini bukanlah satu fad diet ataupun satu trend baru tetapi ianya lebih kepada perubahan gaya hidup dan pengambilan pemakanan.

Contoh yang boleh diberikan untuk memberi lebih kefahaman ialah kita boleh makan pada waktu pagi hingga petang dan berpuasa dari petang hingga ke malam begitu juga sebaliknya. 

Intermittent Fasting adalah berbeza dengan diet yang biasa orang amalkan. Diet selalunya kita mengurangkan pengambilan makanan. Perbezaan yang paling ketara di antara Intermittent dan diet ialah cara pengambilan makanan dan pengambilan tempoh masa mengambil makanan.

Kesimpulannya Intermittent Fasting:

  1. Merujuk kepada puasa secara berkala
  2. IF bukan satu fad diet ataupun satu trend baru tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup dan pemakanan.
  3. Ketika tidur, kita juga dikira berpuasa. Kerana tempoh masa hidangan terakhir dengan makan yang seharusnya dijarakkan lebih lama.
Perlukan Pertolongan? Jom Kita Chat

Sekiranya anda mempunyai soalan, boleh terus Chat kami disini

Customer Support

Khimat Pelanggan

Online

Khimat Pelanggan

Hi, What can i do for you? 00.00
Scroll to Top